Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Wednesday, 19 September 2012

Datang Seperti Ribut,Pergi Seperti Semut


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Datang seperti ribut, pergi seperti semut.. Acece... Tetibe nak bermadah peribahasa la pulak.. hihi.. Peribahasa macam ni sering kali dikaitkan dengan penyakit yang datang tetiba je, tapi tang nak baik, alahai, makan masa beberapa hari ye.. 

Baru je beberapa hari naik cuti, selesema, batuk dan sekaligus demam menghinggap diri.. (macam langau pulak nak main hinggap2).. Macam homesick la konon.. :P hihi.. Batuk yang sekalian teruk ye.. Bunyi kui3 jangan cakap la, sampai tak boleh nak menidurkan diri dengan nyenyak.. Kesian juga dengan roommate, mesti tak dapat tido.. Apapun, ubat batuk Cap Kaki Tiga jadi pilihan.. Adoi, lama dah x hirup ubat batuk.. Rela dalam keterpaksaan ku telan jua.. hoho.. 

Tak sampai situ je, tapi dalam masa yang sama diri ni tetiba ter"allergic" angkara Mr. Krabs!! Ya Allah.. Sabarkan diri ni.. Dugaan.. 


Fuhh~ Tengok tu punya tak bersalah Mr. Krabs menafikan ye.. hoho =___= .. 

Walau apapun.. Alhamdulillah.. Kini, diberi nikmat sihat semula selepas ketidaksihatan hampir seminggu.. Pada abah & mak yang masih tak sihat kat rumah, pada kakak yang baru lepas buat pembedahan, semoga cepat sembuh ye.. Hanya mampu doakan dari jauh..

p/s : Dah masuk minggu kedua dah semester ni.. Semangat2!!

Sekian, wassalam..

Tuesday, 18 September 2012

Kenapa Makan Menggunakan Jari Tangan?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum beliau makan, beliau akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu menghisap garam itu. Kemudian baharulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim. Namun, konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Hal ini kerana enzim yang ada di tangan kanan adalah enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Ia merupakan proses penghadaman yang pertama.

Garam adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan. Dua cecah garam dari jari adalah sama dengan satu liter air mineral. Oleh kerana manusia berasal daripada tanah, lumrahnya bahan yang asal daripada bumi (tanah) ini yang paling berkhasiat untuk manusia.

Selain sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan, di hospital-hospital, rawatan terawal adalah dengan Sodium Chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang daripada sihir dan makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia.

Dipetik dari buku : Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W | Zulkarnain Dollah

p/s : Tiada perintah ALLAH SWT dan anjuran Rasulullah yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.

Sekian..Wallahu a’lam..

Jadikan Aku Wanita yang Solehah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya ALLAH.. jadikan aku wanita yang solehah.. yang baik di antara yang terbaik.. dan kurniakanlah aku pendamping yang baik.. dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-Mu.. Aaminn~~