Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Saturday 31 May 2014

Bagaimana Ingin Bermula Dengan Shaklee?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah entry kali ini ditulis bagi berkongsi mengenai satu produk terbaik iaitu  SHAKLEE.. Persoalan-persoalan yang sering bermain diminda akan dihuraikan satu persatu di dalam entry ini.. In shaa ALLAH.. ^^v

Apakah Shaklee?

Shaklee merupakan peneraju perniagaan dan pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55 tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my

Adakah Shaklee halal?

Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM.

Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?

Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM 75 (Semenanjung) / RM 85 (Sabah & Sarawak)
2. PERCUMA dengan pembelian RM 680 produk + *caj pos RM 10 (Semenanjung) / RM 20 (Sabah & Sarawak)
*TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk Vivix.
3. PERCUMA dengan pembelian produk bernilai RM 800 (Semenanjung) / RM 1000 (Sabah & Sarawak)

Bolehkah saya memulakan perniagaan ini dengan modal 0?


Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga  mencapai RM 680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara PERCUMA untuk keahlian seumur hidup.

Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?

Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal (ianya seumur hidup).

Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?

Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM 480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?

Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN HARGA dan CASHBACK. Belian  produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
2. Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
3. Belian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
* Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM 10 (Semenanjung) / RM 20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian berjumlah RM 800 (Semenanjung) / RM 1000 ( Sabah Sarawak)

Apakah webpage shaklee2u?

Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di www.shaklee2u.com.my.



Di shaklee2u juga, anda boleh : 
1. Membuat pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
2. Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
3. Mendaftar ahli baru
4. Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
5. Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
6. Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
7. Menyemak jumlah points terkumpul dari pembelian anda

Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?

Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship).

Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?

Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.

Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?

Anda boleh memilih untuk menerima bonus tunai atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak, anda juga boleh memilih untuk menerima cek berpalang. Shaklee akan menghantar cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb.

Adakah ganjaran lain selain tunai?

Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention.

1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

3. Convention
Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM 930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM 650 ; menyumbangkan 1 mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang Supervisor (dengan jualan RM 9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara.
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.

Jika saya menyertai Shaklee, adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh tertentu?

Tidak. Di Shaklee, kami menjalankan online coaching, secara berkumpulan / individu. Perjumpaan offline ada dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan. Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan online coaching individu dan melalui support group kami.

Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4-5 angka?

Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.

Perlukah saya mencari downlines?

Permulaan perniagaan Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati dan pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau. 

Masih ada pertanyaan? Hubungi


Friday 30 May 2014

Saat Usia Semakin Meningkat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..  Syukur dengan nikmat umur yang diberi ALLAH.. Terima kasih pada mak abah atas pengorbanan melahirkan, membesarkan, mendidik dan segalanya.. Terima kasih juga atas ingatan dan doa ahli keluarga dan sahabat2 semua.. Doakan saya jadi anak, sahabat, isteri, menantu, ummi yang solehah.. ^^v 

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidup
dengan penuh makna dalam kebesaran-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat membimbing keluargaku
untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukur
atas nikmat dan rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku

Ya Allah,
Jadikanlah aku menjadi hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’
dalam menerima hikmah dan berkah-Mu
Bertambah usia dalam hitunganku
berkurang pula usiaku dalam hitungan-Mu..

Terima kasih engkau telah memberikan cahaya keimanan kepadaku
sehingga aku dapat lebih mengenal-Mu,

Kabulkanlah doa hamba-Mu ini Ya Allah..
Aamiin.. aamiin.. aamiin.. Yaa Robbal ‘Alamin..

Saya nak jadi anak solehah.. In shaa ALLAH ^^


LINA HAMIZAH BINTI RAHMAD
30 Mei 19** | 10.05 PM | 3.6 kg