Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Showing posts with label Tanda ALLAH Sayang. Show all posts
Showing posts with label Tanda ALLAH Sayang. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Hilangkan Batuk Berkahak Anak Anda?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ibu mana yang tak risau saat anak tiba-tiba batuk berkahak.. Tidur pun jadi tak lena dan terganggu dek batuk anak yang berpanjangan.. Lebih merisaukan apabila kahak yang terkumpul menjadi semakin pekat dan sukar untuk dikeluarkan.. Hal ini berlarutan sehingga menyebabkan lelah/asma pada anak-anak.. Pada tahap sebegini kalau di bawa ke klinik/hospital, biasanya doktor akan membuat rawatan sedut kahak..

Namun begitu, bagi ibu yang nak hilangkan batuk berkahak pada anak tanpa rawatan sedut kahak, ikhtiar lain adalah dengan memberikan mereka Omega Guard Shaklee.. 

Bagaimana Omega Guard dapat membantu menghilangkan batuk berkahak pada kanak-kanak?
  • Secara semulajadi bersifat anti-keradangan. Batuk menyebabkan keradangan terhadap peparu.
  • Tingkatkan sistem imun dan kesihatan peparu.
  • Mencairkan kahak. 
  • Asid lemak Omega-3 menghalang pembentukan leukotrienes dari asid arachidonic yang berperanan dalam menyebabkan asma.

Omega Guard dihasilkan dalam bentuk kapsul.. Sesetengah kanak-kanak tidak boleh menelan/mengunyah kapsul tersebut.. Jadi, bagi kanak-kanak yang masih belum boleh menelan/mengunyah, ibu-ibu boleh cuba cara di bawah..

  • Cucuk dan titiskan ke dalam susu..
  • Cucuk dan campur dalam makanan kegemaran seperti sup dan bubur nasi..

Peringatan, khasiat Omega Guard boleh hilang dalam suhu yang terlampau tinggi.. Jadi, elakkan daripada mencampurkannya ke dalam minuman atau makanan yang masih panas.. Tetapi, tak jadi masalah jika dicampurkan ke dalam suhu yang suam..

Peringatan lain, Omega Guard ini hanya untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun dan keatas.. Namun begitu, untuk bayi, boleh menggunakan kaedah stim dan tepuk percussion untuk hilangkan batuk berkahak pada bayi..

Pada permulaan pengambilan, krisis penyembuhan akan dialami oleh anak sebagai tindak balas daripada pengambilan Omega Guard tersebut.. Oleh itu, dinasihatkan agar ibu sentiasa sabar dalam memantau perubahan pada anak.. Mudah-mudahan kesan penyembuhan akan lebih cepat.. 

Kelebihan Omega Guard ini selain boleh menghilangkan batuk berkahak dan selsema pada kanak-kanak, ia juga dapat membantu mempertingkatkan kecergasan otak dan daya fokus.. Ia juga bagus untuk kanak-kanak hiperaktif..

Di bawah, saya sertakan beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang telah berikhtiar dengan mengamalkan Omega Guard.. 


Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5

Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8

Mengapa anda perlu mencuba Omega Guard Shaklee?
  • Kerana ia adalah 99% minyak ikan dan tidak dicampur dengan minyak organ dalaman haiwan seperti hati.

Berminat dengan Omega Guard Shaklee dan nak tahu lebih lanjut mengenainya? Hubungi, 

Friday, 30 May 2014

Saat Usia Semakin Meningkat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah..  Syukur dengan nikmat umur yang diberi ALLAH.. Terima kasih pada mak abah atas pengorbanan melahirkan, membesarkan, mendidik dan segalanya.. Terima kasih juga atas ingatan dan doa ahli keluarga dan sahabat2 semua.. Doakan saya jadi anak, sahabat, isteri, menantu, ummi yang solehah.. ^^v 

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidup
dengan penuh makna dalam kebesaran-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat membimbing keluargaku
untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukur
atas nikmat dan rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku

Ya Allah,
Jadikanlah aku menjadi hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’
dalam menerima hikmah dan berkah-Mu
Bertambah usia dalam hitunganku
berkurang pula usiaku dalam hitungan-Mu..

Terima kasih engkau telah memberikan cahaya keimanan kepadaku
sehingga aku dapat lebih mengenal-Mu,

Kabulkanlah doa hamba-Mu ini Ya Allah..
Aamiin.. aamiin.. aamiin.. Yaa Robbal ‘Alamin..

Saya nak jadi anak solehah.. In shaa ALLAH ^^


LINA HAMIZAH BINTI RAHMAD
30 Mei 19** | 10.05 PM | 3.6 kg

Sunday, 18 November 2012

Setiap Ujian-Nya Terselit Hikmah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Nyaris tertinggal bas dah jadi pengalaman biasa tapi tang nak tertinggal bas ni jadi luar biasa bila hari makin lama makin malam dan gelap..huhu..seram mak ~ Semoga Allah jauhkan dari syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia.. 

Perjalanan semalam amat meletihkan, dengan bas yang lewat tiba, tak jadi masalah.. Mungkin pengurusan bas ada masalah.. tapi tak dinafikan kesabaran teruji juga.. Tepat 2.00 petang bus bertolak dari Kota Tinggi walaupun tiket asal 1.30 petang (lama giler tunggu).. Memandangkan tiket ke TM pukul 8.00 malam.. Masih boleh relax senyum2 lagi ^__^ ..

Perjalanan jadi panjang bila keadaan hujan lebat dan hampir 3 hentian bus berhenti.. (tak pernah2 sebelum ni).. mungkin hujan2 dan sejuk, tangki cepat penuh >_<.. memang tak dinafikan..

6.42 petang : Kegelisahan makin terasa bila bas masuk ke Seremban, lebih kurang 61km lagi untuk sampai ke TBS.. hati asyik berkira-kira..  Menangis T__T ..

7.44 malam : Sampai ke TBS, dengan kekuatan yang ada, kaki melangkah mengalahkan Watson Nyambek untuk bergegas ke tren.. Air mata meleleh tak sudah, menangis tak berlagu dah  T__T.. Orang sebelah toleh2, dah tak mampu nak kata apa.. Maaf je la ye.. Lebih kurang 7.50 malam, tren baru muncul..

8.13 malam : Sampai ke Plaza Rakyat, sekali lagi Watson Nyambek tersingkir ke belakang.. Tak ada sapa boleh rasa risau dalam hati yang masih berharap bas akan tunggu walaupun dah lewat camni.. Keserabutan melanda, jiwa kacau, tu je dapat rasa time tu.. Berkira-kira nak berkejar masuk dalam atau luar platform bas.. Rasanya peminta sedekah kat pudu pun pening tengok..

8.22 malam : Tak nampak bus yang diharapkan tunggu kat luar, apa yang mampu dilakukan time ni menangis lagi T__T, memang sah kena tinggal dah.. Kembungkan harapan semula.. Masih berharap walaupun memang tak ada harapan yang tinggal sebenarnya.. Hati berharap lagi, hope bas masih tunggu kat dalam walaupun memang tau bas tak akan tunggu.. (sedar diri bukan ada darjat istimewa untuk ditunggu).. Sorang2 menyusur ke platform bawah tanah bas.. malu juga..muka dah cememeh menangis.. adoi! Sampai2 bus memang tak ada.. Lose hope.. Hanya mampu pasrah..

Sedih manusia tak selamanya, Allah itu Maha Kuasa, Tiada siapa dapat menduga.. Alhamdullillah, walaupun kaki dah lemah untuk melangkah, niat bertanya pada staf bas sangat-sangat melegakan hati.. "Bus masih tersangkut jem".. Senyum kelegaan hingga ke pipi .. ^__^v

10.24 malam : Alhamdulillah syukur dipanjatkan apabila diri ini selamat sampai di bumi ilmu Tanjung Malim.. Perjalanan yang meletihkan namun terselit pelbagai hikmah yang tak terduga.. Terima kasih Ya ALLAH :D
Secebis kekuatan dari si dia, satu faktor untuk kaki ini digagahkan.. 

p/s: Terima kasih sangat2 atas semangat yang diberikan.. 

"Ku yakin adanya DIA, ku perlu adanya dia"

Akhir kata, hidup ini memang banyak ujian dari-Nya.. Sebagai hamba ALLAH, kuatkan semangat, yakin dengan adanya DIA dan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Jangan pernah putus harapan.. Ya!.. ALLAH tak kan uji hamba-Nya lebih dari kekuatan yang kita ada.. ALLAH akan uji selagi mana kita mampu untuk menghadapinya.. Ingatan untuk diri sendiri dan yang lain pada masa-masa akan datang.. Sebuah lagu untuk dihayati  You And I See. 

Sekian.. Wassalam..

Wednesday, 19 September 2012

Datang Seperti Ribut,Pergi Seperti Semut


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Datang seperti ribut, pergi seperti semut.. Acece... Tetibe nak bermadah peribahasa la pulak.. hihi.. Peribahasa macam ni sering kali dikaitkan dengan penyakit yang datang tetiba je, tapi tang nak baik, alahai, makan masa beberapa hari ye.. 

Baru je beberapa hari naik cuti, selesema, batuk dan sekaligus demam menghinggap diri.. (macam langau pulak nak main hinggap2).. Macam homesick la konon.. :P hihi.. Batuk yang sekalian teruk ye.. Bunyi kui3 jangan cakap la, sampai tak boleh nak menidurkan diri dengan nyenyak.. Kesian juga dengan roommate, mesti tak dapat tido.. Apapun, ubat batuk Cap Kaki Tiga jadi pilihan.. Adoi, lama dah x hirup ubat batuk.. Rela dalam keterpaksaan ku telan jua.. hoho.. 

Tak sampai situ je, tapi dalam masa yang sama diri ni tetiba ter"allergic" angkara Mr. Krabs!! Ya Allah.. Sabarkan diri ni.. Dugaan.. 


Fuhh~ Tengok tu punya tak bersalah Mr. Krabs menafikan ye.. hoho =___= .. 

Walau apapun.. Alhamdulillah.. Kini, diberi nikmat sihat semula selepas ketidaksihatan hampir seminggu.. Pada abah & mak yang masih tak sihat kat rumah, pada kakak yang baru lepas buat pembedahan, semoga cepat sembuh ye.. Hanya mampu doakan dari jauh..

p/s : Dah masuk minggu kedua dah semester ni.. Semangat2!!

Sekian, wassalam..