Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

Nutrisi Penting Shaklee



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik.. Oleh itu, untuk post kali ni, satu perkongsian mengenai produk nutrisi penting dari Shaklee..  Penjelasan satu persatu akan dinyatakan pada setiap produk.. ^_^

ESP Soy Protein Isolate Powder
+ Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar.
+ Membantu mengurangkan kolestrol.
+ Lengkap dengan semua Asid Amino perlu.
(850 gram | UV39)

*Vita-Lea Iron Formula
+ Dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting.
+ Membantu dalam mengekalkan kesihatan dengan baik.
(120 biji | UV23)

Sustained Release Vita-C Plus
+ Membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.
+ Membantu menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
(180 biji | UV23)

Chewable Vita-C Plus
+ Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh.
+ Ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
(90 biji | UV9)

Vita-E Complex
+ Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran.
+ Mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
(120 biji | UV38)

B-Complex
+ Menawarkan vitamin B yang lengkap.
+ Mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
(120 biji | UV13)

*Zinc Complex
+ Membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
+ Menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.
(120 biji | UV8)

Lecithin
+ Sumber utama kolina, komponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.
(180 biji | UV11)

*Alfalfa Complex
+ Sumber zat makanan semulajadi dan klorofil.
+ Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
(S - 330 biji | UV13 ; L-700 biji | UV25)

** Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* Produk ini mengandungi Alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap Lupus Eritematosus Sistematik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

+ Anda ingin mendapatkan suplemen kesihatan SEMULAJADI dan HALAL?
+ Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
+ Hubungi Lina Hamizah Rahmad | Call / SMS / WhatsApp 013-4109817 | linahamizahrahmad@gmail.com
+ Shaklee Independent Distributor Malaysia

Saturday, 22 August 2015

7 Sebab Kenapa Kita Perlukan Suplemen?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya. Hal ini kerana kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Di bawah saya kongsikan 7 sebab kenapa kita perlukan suplemen dalam kehidupan kita hari ini?

1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.
5. Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoren makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.

Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee. 

** Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


+ Anda ingin mendapatkan suplemen kesihatan SEMULAJADI dan HALAL?
+ Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
+ Hubungi Lina Hamizah Rahmad | Call / SMS / WhatsApp 013-4109817 | linahamizahrahmad@gmail.com
+ Shaklee Independent Distributor Malaysia

Sunday, 2 August 2015

Jug Air Berpenapis Mudah Alih


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Cuba kita bayangkan air yang diminum setiap hari mengandungi bendasing halus, berbau dan masih ada klorin masuk ke esofagus setiap kali kita minum.

Jom dapatkan Get Clean Water Pitcher
(Jug Air Berpenapis Mudah Alih)

+ Disahkan dapat menapis kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan tercemar yang lain..
+ Disahkan dapat mengurangkan klorin..
+ Menuras 303 liter air (80 gelen) bagi setiap turasan..
+ Mudah dipasang..
+ Ringan dan mudah dibawa..
+ Harga berpatutan dan menjimatkan kos..
+ Mesra alam, penuras dengan blok karbon kitar semula..

Untuk tempahan, klik Jug Air Berpenapis Mudah Alih atau hubungi,

+ Anda ingin mendapatkan suplemen kesihatan SEMULAJADI dan HALAL?
+ Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
+ Hubungi Lina Hamizah Rahmad | Call / SMS / WhatsApp 013-4109817 | linahamizahrahmad@gmail.com
+ Shaklee Independent Distributor Malaysia

Saturday, 1 August 2015

Khasiat Terulung Alfalfa Complex


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah.. dalam post entry sebelum ni dah ceritakan serba sedikit mengenai Alfalfa ni.. Jadi, untuk entry kali ni kita share lagi pasal Alfalfa tetapi nak lebih mendalam mengenai 20 khasiat terulungnya..

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia..

2. Menambahkan susu badan ibu (milk booster)..

3. Melegakan sakit sendi dan belakang..

4. Menghilangkan kelesuan dan tekanan..

5. Memberikan sensasi "rasa sejuk" kerana alfalfa Shaklee mengandungi Peppermint..

6. Memberikan kelegaan semasa haid..

7. Merawat arthitis..

8. Bagus untuk elergi dan ekzema..

9. Merawat asma..

10. Mencuci usus bagi membuang toksin..

11. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang..

12. Meneutralkan asid dalam badan..

13. Merawat masalah keputihan kepada wanita..

14. Membesarkan dan menegangkan payudara wanita..

15. Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri..

16. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)..

17. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan..

18. Meningkatkan stamina seorang suami..

19. Melegakan sembelit..

20. Membuang angin dalam badan..

** Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat dengan Alfalfa Complex Shaklee dan nak tahu lebih lanjut mengenainya? Baca Apa Itu Alfalfa Complex?

Atau hubungi,
+ Anda ingin mendapatkan suplemen kesihatan SEMULAJADI dan HALAL?
+ Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
+ Hubungi Lina Hamizah Rahmad | Call / SMS / WhatsApp 013-4109817 | linahamizahrahmad@gmail.com
+ Shaklee Independent Distributor Malaysia

Sunday, 8 March 2015

Hilangkan Batuk Berkahak Anak Anda?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ibu mana yang tak risau saat anak tiba-tiba batuk berkahak.. Tidur pun jadi tak lena dan terganggu dek batuk anak yang berpanjangan.. Lebih merisaukan apabila kahak yang terkumpul menjadi semakin pekat dan sukar untuk dikeluarkan.. Hal ini berlarutan sehingga menyebabkan lelah/asma pada anak-anak.. Pada tahap sebegini kalau di bawa ke klinik/hospital, biasanya doktor akan membuat rawatan sedut kahak..

Namun begitu, bagi ibu yang nak hilangkan batuk berkahak pada anak tanpa rawatan sedut kahak, ikhtiar lain adalah dengan memberikan mereka Omega Guard Shaklee.. 

Bagaimana Omega Guard dapat membantu menghilangkan batuk berkahak pada kanak-kanak?
  • Secara semulajadi bersifat anti-keradangan. Batuk menyebabkan keradangan terhadap peparu.
  • Tingkatkan sistem imun dan kesihatan peparu.
  • Mencairkan kahak. 
  • Asid lemak Omega-3 menghalang pembentukan leukotrienes dari asid arachidonic yang berperanan dalam menyebabkan asma.

Omega Guard dihasilkan dalam bentuk kapsul.. Sesetengah kanak-kanak tidak boleh menelan/mengunyah kapsul tersebut.. Jadi, bagi kanak-kanak yang masih belum boleh menelan/mengunyah, ibu-ibu boleh cuba cara di bawah..

  • Cucuk dan titiskan ke dalam susu..
  • Cucuk dan campur dalam makanan kegemaran seperti sup dan bubur nasi..

Peringatan, khasiat Omega Guard boleh hilang dalam suhu yang terlampau tinggi.. Jadi, elakkan daripada mencampurkannya ke dalam minuman atau makanan yang masih panas.. Tetapi, tak jadi masalah jika dicampurkan ke dalam suhu yang suam..

Peringatan lain, Omega Guard ini hanya untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun dan keatas.. Namun begitu, untuk bayi, boleh menggunakan kaedah stim dan tepuk percussion untuk hilangkan batuk berkahak pada bayi..

Pada permulaan pengambilan, krisis penyembuhan akan dialami oleh anak sebagai tindak balas daripada pengambilan Omega Guard tersebut.. Oleh itu, dinasihatkan agar ibu sentiasa sabar dalam memantau perubahan pada anak.. Mudah-mudahan kesan penyembuhan akan lebih cepat.. 

Kelebihan Omega Guard ini selain boleh menghilangkan batuk berkahak dan selsema pada kanak-kanak, ia juga dapat membantu mempertingkatkan kecergasan otak dan daya fokus.. Ia juga bagus untuk kanak-kanak hiperaktif..

Di bawah, saya sertakan beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang telah berikhtiar dengan mengamalkan Omega Guard.. 


Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5

Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8

Mengapa anda perlu mencuba Omega Guard Shaklee?
  • Kerana ia adalah 99% minyak ikan dan tidak dicampur dengan minyak organ dalaman haiwan seperti hati.

Berminat dengan Omega Guard Shaklee dan nak tahu lebih lanjut mengenainya? Hubungi, 

Saturday, 31 January 2015

4 Tips Penting Penjagaan Mata


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Alhamdulillah ada kelapangan masa nak tulis entry ni.. Kita sedia maklum mata ni aset yang sangat penting untuk kita pelihara sebaiknya.. Tanpa sedar, kebanyakan daripada kita kurang menghargai dan sering mengabaikan penjagaan mata sehingga timbul masalah yang boleh mengakibatkan seseorang itu kehilangan penglihatan.. Di bawah, saya ada sertakan 4 tips penting penjagaan mata yang boleh kita amalkan.. ^_^

1. Jangan membaca dalam keadaan gelap.. Gunakan lampu yang sesuai ketika membaca..
2. Gunakan cermin mata hitam yang diiktiraf ketika memandu untuk mengelakkan mata rosak kerana sinaran cahaya matahari yang masuk secara terus ke dalam mata..
3. Makan supplemen dan sayur-sayuran untuk mata yang sihat dan bersinar..
4. Bagi anda yang menggunakan kanta lekap, jangan sesekali tidur dengan kanta lekap kerana ianya amat berbahaya.. 

Masih tercari-cari supplemen yang bersesuaian dengan masalah mata anda?

Boleh ikhtiar dengan Carotomax Shaklee..


Antara manfaat utama Carotomax Shaklee..

1. Lebih Selamat Dari Vitamin A 
--- Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A.. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti..
--- Walaubagaimanapun, ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan..

2. Mempertingkatkan Penglihatan
--- Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap..
--- Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata..

3. Meredakan Penyakit Kulit
--- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne..
--- Penggunaan luaran untuk merawat pustule (jerawat biasa), scabies (kegatalan pada kulit), akne dan ulser kulit..

4. Melindungi Epithelial
--- Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus..

5. Melawan Kanser dan Oksidasi
--- Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser..
--- Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara..
--- Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh..

6. Menghalang Infeksi
--- Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema..

7. Menggalakkan Perkembangan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
--- Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat..
--- Carotomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat..

Masih ragu-ragu dengan Carotomax Shaklee? Di bawah sedikit perkongsian testimoni daripada mereka yang sudah mengambil Caratomax Shaklee.. 

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Berminat dengan Carotomax dan nak tau lebih lanjut? Hubungi, 



Saturday, 24 January 2015

Cawangan Shaklee Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Dapatkan Shaklee ID anda hari ini & buat pembelian dari cawangan berhampiran anda!

Ibu pejabat : Sunway
Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5622 3188  Fax: 603-5622 3199Waktu Perniagaan > Isnin hingga Sabtu : 10.00pagi – 7.00malam

*************

Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4142 1067  Fax: 603-4142 1027

Waktu perniagaan > Isnin hingga Jumaat, Sabtu (Pertama & Ketiga): 10.00 pagi – 7.00 malam

***********

Pulau Pinang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261 Fax: 604-383 8560Waktu perniagaan > Isnin hingga Jumaat, Sabtu (Pertama & Ketiga): 10.00 pagi – 7.00 malam

***********

Ipoh
32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260 ; Fax: 605-241 8263
Hubungi : Eunice Lau (Penyelia Cawangan)
Waktu perniagaan > Isnin hingga Jumaat, Sabtu (Pertama & Ketiga): 10.00 pagi – 7.00 malam

***********

Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188 ; Fax: 607-352 4188
Waktu perniagaan > Isnin hingga Jumaat, Sabtu (Pertama & Ketiga): 10.00 pagi – 7.00 malam

************

Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688 ; Fax: 609-747 7711
Waktu perniagaan > Ahad hingga Khamis, Sabtu (Pertama & Ketiga): 10.00 pagi – 7.00 malam

**********

Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393 848  Fax: 6088-393 851Waktu perniagaan > Isnin hingga Jumaat, Sabtu (Pertama & Ketiga): 10.00 pagi – 7.00 malam

Masih ada pertanyaan? Hubungi,

Saturday, 13 December 2014

Apa Itu Alfalfa Complex?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

*** Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signiture yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee pada 1950-an..

*** Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia..

*** Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan"..

*** Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dalam kalangan tumbuhan alfalfa..

*** Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi..

*** Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak..

*** Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil..

*** Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya..

*** Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan..

*** Daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet..

*** Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan rapi..

*** Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa..

*** Alfalfa dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian..

*** Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan atau sayur-sayuran..

*** Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia..

Info lebih lanjut, hubungi 013-4109817.. 

Wednesday, 22 October 2014

Cara Meningkatkan Kadar Metabolisme


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara meningkatkan kadar metabolisme.. Meh kita kenal dulu apa itu metabolisme?

* Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing..

Jom kita praktikkan cara ni bagi mereka yang ingin meningkatkan kadar metabolisme..

#1 Minum Air Secukupnya
--- Minum air lapan gelas sehari mampu membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum..

#2 Tidur Yang Cukup
--- Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.. Kekurangan tidur boleh mengganggu keupayaan badan untuk membakar kalori..

#3 Jangan Tertekan
--- Stress boleh meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh.. Apa tu kortisol? Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi..

#4 Lakukan Senaman
--- Satu paun otot akan membakar 35-50 kalori manakala satu paun lemak akan membakar hanya 5-10 kalori sahaja.. Jadi, tingkatkan otot di dalam tubuh badan dapat meningkatkan kadar metabolisme asas sehingga 40 %.

#5 Kalsium Secukupnya!
--- Kekurangan kalsium di dalam tubuh badan mencetuskan hormon yang menyebabkan tubuh berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar..

#6 Vitamin C
--- Selain kalsium, vitamin C juga penting.. Kedua-duanya ibarat BFF dalam meningkatkan kadar metabolisme.. Kalsium berfungsi mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut..

#7 Makan Pedas!
--- Sapa yang suka makan pedas kira satu bonus untuk anda.. Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya..

7 cara khas untuk anda! Apa tunggu lagi? Tingkatkan metabolisme anda untuk kembali ramping seperti kerengga.. haha :-P

Nak dapatkan set turunkan berat dengan Shaklee? Konsultasi percuma dan bimbingan sepenuhnya diberikan..

Boleh terus berhubung dengan saya, Lina (013-4109817)  

Monday, 6 October 2014

Cara Bakar 100 Kalori

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Kebanyakan daripada kita sering mengeluh kerana sukar meluangkan masa untuk bersenam atas alasan aktiviti harian yang sangat padat..
Kini, dengan apa sahaja yang kita lakukan seperti berjalan ataupun berdiri.. Ia juga mampu membakar 100 kalori..

Bagaimana?

Membakar 100 kalori dengan aktiviti:
1. Berbasikal --- 23 minit
2. Lompat Tali --- 9 minit
3. Berlari Anak Tangga --- 6 minit
4. Berlari --- 9 minit
5. Berenang --- 9 minit
6. Daki Tangga --- 11 minit
7. Berjalan --- 20 minit

Mudah bukan?

Jom sertai cabaran kurangkan kalori!

***
Pengedar Shaklee Kota Tinggi
Lina Hamizah Rahmad
013-4109817 

Wednesday, 4 June 2014

Apa kata pengguna Lecithin?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Alhamdulillah.. Semalam satu lagi perkongsian yang diterima daripada pengguna Lecithin.. Niat saya berkongsi produk yang terbaik pada yang lain.. Sebelum saya tunjukkan perkongsian yang telah diterima, saya nak kongsi dulu apa itu LECITHIN? 

  • Lecithin merupakan salah satu produk keluaran SHAKLEE.
  • Nature's Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A, D, E, K dan Beta Caretone.
  • Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan.
  • Juga boleh didapati dari telur, jagung dan kacang soya.
  • Fat Emulsifier - Metabolisme lemak.

KANDUNGAN LECITHIN
  • Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan tetapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin yang juga satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina iaitu bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
  • Inositol pula sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

KHASIAT LECITHIN

  • Untuk Proses Metabolisme, Kolestrol, Triglycerides dan Lemak Darah (Blood Lipids).
    • Lecithin memecah serta menguraikan lemak terutamanya kolestrol.
    • Membantu menurunkan jumlah serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
    • Membantu mengawal paras triglycerides.
    • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersumbat pada pembuluh darah.
    • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.
    • Membantu mengurangkan berat badan.
    • Membantu memulihkan kembali lubang payudara tersumbat (susu tidak keluar)

  • Penting untuk Fungsi Otak.
    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak seperti berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya.
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak, fungsi ini akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari choline yang mudah diperoleh daripada LECITHIN. 
    • Membantu masalah lupa terutamanya wanita selepas bersalin.

  • Untuk Warga Tua.
    • LECITHIN amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab strok (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh warga tua.
    • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersumbat berpunca daripada darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.
    • Untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dan jantung (melancarkan edaran darah di pembuluh darah).

  • Untuk Sel.
    • LECITHIN penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan kepada sel-sel.
    • Choline dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan.

  • Untuk Kesihatan Kardiovascular (Sistem Jantung)
    • Fungsi utama lecithin adalah sebagai Fat Emulsifier yang amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
    • Ia amat mujarab jika diambil bersama-sama EPA dan fiber.

Hasil penyelidikan, lecithin daripada kacang soya amat berkesan dalam memecahkan deposit kolestrol. Manakala, lecithin daripada telur boleh tetapi tidak begitu berkesan.

Jadi, mengapa perlu pilih LECITHIN SHAKLEE?
  • Kacang Soya - Sumber semulajadi terpilih.
  • Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam.
  • Tiada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
  • Kepekatannya.
  • 1 kapsul : 520 mg lecithin, 78 mg phosphatidycholine, 47 mg phosphatidylinositol.

Di bawah saya kongsikan tiga gambar yang saya print screen daripada Facebook.. Saya terpaksa menutup nama pelanggan atas sebab menghormati privasi pelanggan.. ^_^




Daripada gambar tersebut, alhamdulillah pelanggan menyatakan sakit lutut yang dialami semakin berkurangan, lawas buang air besar, badan rasa lebih ringan dan rasa kurang lapar & haus walaupun puasa. Alhamdulillah.. ^_^

Akhir kata, saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kesan yang terbaik kepada semua terutamanya pelanggan-pelanggan saya ^^v.. 

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma. Hubungi saya,
SMS / WhatsApp / We Chat : 013-4109817