Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Wednesday 22 October 2014

Cara Meningkatkan Kadar Metabolisme


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara meningkatkan kadar metabolisme.. Meh kita kenal dulu apa itu metabolisme?

* Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing..

Jom kita praktikkan cara ni bagi mereka yang ingin meningkatkan kadar metabolisme..

#1 Minum Air Secukupnya
--- Minum air lapan gelas sehari mampu membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum..

#2 Tidur Yang Cukup
--- Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.. Kekurangan tidur boleh mengganggu keupayaan badan untuk membakar kalori..

#3 Jangan Tertekan
--- Stress boleh meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh.. Apa tu kortisol? Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi..

#4 Lakukan Senaman
--- Satu paun otot akan membakar 35-50 kalori manakala satu paun lemak akan membakar hanya 5-10 kalori sahaja.. Jadi, tingkatkan otot di dalam tubuh badan dapat meningkatkan kadar metabolisme asas sehingga 40 %.

#5 Kalsium Secukupnya!
--- Kekurangan kalsium di dalam tubuh badan mencetuskan hormon yang menyebabkan tubuh berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar..

#6 Vitamin C
--- Selain kalsium, vitamin C juga penting.. Kedua-duanya ibarat BFF dalam meningkatkan kadar metabolisme.. Kalsium berfungsi mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut..

#7 Makan Pedas!
--- Sapa yang suka makan pedas kira satu bonus untuk anda.. Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya..

7 cara khas untuk anda! Apa tunggu lagi? Tingkatkan metabolisme anda untuk kembali ramping seperti kerengga.. haha :-P

Nak dapatkan set turunkan berat dengan Shaklee? Konsultasi percuma dan bimbingan sepenuhnya diberikan..

Boleh terus berhubung dengan saya, Lina (013-4109817)  

Monday 6 October 2014

Cara Bakar 100 Kalori

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kebanyakan daripada kita sering mengeluh kerana sukar meluangkan masa untuk bersenam atas alasan aktiviti harian yang sangat padat..
Kini, dengan apa sahaja yang kita lakukan seperti berjalan ataupun berdiri.. Ia juga mampu membakar 100 kalori..

Bagaimana?

Membakar 100 kalori dengan aktiviti:
1. Berbasikal --- 23 minit
2. Lompat Tali --- 9 minit
3. Berlari Anak Tangga --- 6 minit
4. Berlari --- 9 minit
5. Berenang --- 9 minit
6. Daki Tangga --- 11 minit
7. Berjalan --- 20 minit

Mudah bukan?

Jom sertai cabaran kurangkan kalori!

***
Pengedar Shaklee Kota Tinggi
Lina Hamizah Rahmad
013-4109817