بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Nyaris tertinggal bas dah jadi pengalaman biasa tapi tang nak tertinggal bas ni jadi luar biasa bila hari makin lama makin malam dan gelap..huhu..seram mak ~ Semoga Allah jauhkan dari syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia..
Perjalanan semalam amat meletihkan, dengan bas yang lewat tiba, tak jadi masalah.. Mungkin pengurusan bas ada masalah.. tapi tak dinafikan kesabaran teruji juga.. Tepat 2.00 petang bus bertolak dari Kota Tinggi walaupun tiket asal 1.30 petang (lama giler tunggu).. Memandangkan tiket ke TM pukul 8.00 malam.. Masih boleh relax senyum2 lagi ^__^ ..
Perjalanan jadi panjang bila keadaan hujan lebat dan hampir 3 hentian bus berhenti.. (tak pernah2 sebelum ni).. mungkin hujan2 dan sejuk, tangki cepat penuh >_<.. memang tak dinafikan..
6.42 petang : Kegelisahan makin terasa bila bas masuk ke Seremban, lebih kurang 61km lagi untuk sampai ke TBS.. hati asyik berkira-kira.. Menangis T__T ..
7.44 malam : Sampai ke TBS, dengan kekuatan yang ada, kaki melangkah mengalahkan Watson Nyambek untuk bergegas ke tren.. Air mata meleleh tak sudah, menangis tak berlagu dah T__T.. Orang sebelah toleh2, dah tak mampu nak kata apa.. Maaf je la ye.. Lebih kurang 7.50 malam, tren baru muncul..
8.13 malam : Sampai ke Plaza Rakyat, sekali lagi Watson Nyambek tersingkir ke belakang.. Tak ada sapa boleh rasa risau dalam hati yang masih berharap bas akan tunggu walaupun dah lewat camni.. Keserabutan melanda, jiwa kacau, tu je dapat rasa time tu.. Berkira-kira nak berkejar masuk dalam atau luar platform bas.. Rasanya peminta sedekah kat pudu pun pening tengok..
8.22 malam : Tak nampak bus yang diharapkan tunggu kat luar, apa yang mampu dilakukan time ni menangis lagi T__T, memang sah kena tinggal dah.. Kembungkan harapan semula.. Masih berharap walaupun memang tak ada harapan yang tinggal sebenarnya.. Hati berharap lagi, hope bas masih tunggu kat dalam walaupun memang tau bas tak akan tunggu.. (sedar diri bukan ada darjat istimewa untuk ditunggu).. Sorang2 menyusur ke platform bawah tanah bas.. malu juga..muka dah cememeh menangis.. adoi! Sampai2 bus memang tak ada.. Lose hope.. Hanya mampu pasrah..
Sedih manusia tak selamanya, Allah itu Maha Kuasa, Tiada siapa dapat menduga.. Alhamdullillah, walaupun kaki dah lemah untuk melangkah, niat bertanya pada staf bas sangat-sangat melegakan hati.. "Bus masih tersangkut jem".. Senyum kelegaan hingga ke pipi .. ^__^v
10.24 malam : Alhamdulillah syukur dipanjatkan apabila diri ini selamat sampai di bumi ilmu Tanjung Malim.. Perjalanan yang meletihkan namun terselit pelbagai hikmah yang tak terduga.. Terima kasih Ya ALLAH :D
Secebis kekuatan dari si dia, satu faktor untuk kaki ini digagahkan.. |
p/s: Terima kasih sangat2 atas semangat yang diberikan..
"Ku yakin adanya DIA, ku perlu adanya dia"
Akhir kata, hidup ini memang banyak ujian dari-Nya.. Sebagai hamba ALLAH, kuatkan semangat, yakin dengan adanya DIA dan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Jangan pernah putus harapan.. Ya!.. ALLAH tak kan uji hamba-Nya lebih dari kekuatan yang kita ada.. ALLAH akan uji selagi mana kita mampu untuk menghadapinya.. Ingatan untuk diri sendiri dan yang lain pada masa-masa akan datang.. Sebuah lagu untuk dihayati You And I See.
Sekian.. Wassalam..
setiap sudut kehidupan itu adalah pelajaran dr Allah :)
ReplyDeleteKan.. :)
DeleteSalam ukhuwah ^_^
Kan.. :)
DeleteSalam ukhuwah ^_^