Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Tuesday, 18 September 2012

Kenapa Makan Menggunakan Jari Tangan?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum beliau makan, beliau akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu menghisap garam itu. Kemudian baharulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim. Namun, konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Hal ini kerana enzim yang ada di tangan kanan adalah enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Ia merupakan proses penghadaman yang pertama.

Garam adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan. Dua cecah garam dari jari adalah sama dengan satu liter air mineral. Oleh kerana manusia berasal daripada tanah, lumrahnya bahan yang asal daripada bumi (tanah) ini yang paling berkhasiat untuk manusia.

Selain sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan, di hospital-hospital, rawatan terawal adalah dengan Sodium Chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang daripada sihir dan makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia.

Dipetik dari buku : Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W | Zulkarnain Dollah

p/s : Tiada perintah ALLAH SWT dan anjuran Rasulullah yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.

Sekian..Wallahu a’lam..

No comments:

Post a Comment