Buku Pelawat Pemilik Nota Hati

Followers

Sunday, 18 November 2012

Setiap Ujian-Nya Terselit Hikmah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Nyaris tertinggal bas dah jadi pengalaman biasa tapi tang nak tertinggal bas ni jadi luar biasa bila hari makin lama makin malam dan gelap..huhu..seram mak ~ Semoga Allah jauhkan dari syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia.. 

Perjalanan semalam amat meletihkan, dengan bas yang lewat tiba, tak jadi masalah.. Mungkin pengurusan bas ada masalah.. tapi tak dinafikan kesabaran teruji juga.. Tepat 2.00 petang bus bertolak dari Kota Tinggi walaupun tiket asal 1.30 petang (lama giler tunggu).. Memandangkan tiket ke TM pukul 8.00 malam.. Masih boleh relax senyum2 lagi ^__^ ..

Perjalanan jadi panjang bila keadaan hujan lebat dan hampir 3 hentian bus berhenti.. (tak pernah2 sebelum ni).. mungkin hujan2 dan sejuk, tangki cepat penuh >_<.. memang tak dinafikan..

6.42 petang : Kegelisahan makin terasa bila bas masuk ke Seremban, lebih kurang 61km lagi untuk sampai ke TBS.. hati asyik berkira-kira..  Menangis T__T ..

7.44 malam : Sampai ke TBS, dengan kekuatan yang ada, kaki melangkah mengalahkan Watson Nyambek untuk bergegas ke tren.. Air mata meleleh tak sudah, menangis tak berlagu dah  T__T.. Orang sebelah toleh2, dah tak mampu nak kata apa.. Maaf je la ye.. Lebih kurang 7.50 malam, tren baru muncul..

8.13 malam : Sampai ke Plaza Rakyat, sekali lagi Watson Nyambek tersingkir ke belakang.. Tak ada sapa boleh rasa risau dalam hati yang masih berharap bas akan tunggu walaupun dah lewat camni.. Keserabutan melanda, jiwa kacau, tu je dapat rasa time tu.. Berkira-kira nak berkejar masuk dalam atau luar platform bas.. Rasanya peminta sedekah kat pudu pun pening tengok..

8.22 malam : Tak nampak bus yang diharapkan tunggu kat luar, apa yang mampu dilakukan time ni menangis lagi T__T, memang sah kena tinggal dah.. Kembungkan harapan semula.. Masih berharap walaupun memang tak ada harapan yang tinggal sebenarnya.. Hati berharap lagi, hope bas masih tunggu kat dalam walaupun memang tau bas tak akan tunggu.. (sedar diri bukan ada darjat istimewa untuk ditunggu).. Sorang2 menyusur ke platform bawah tanah bas.. malu juga..muka dah cememeh menangis.. adoi! Sampai2 bus memang tak ada.. Lose hope.. Hanya mampu pasrah..

Sedih manusia tak selamanya, Allah itu Maha Kuasa, Tiada siapa dapat menduga.. Alhamdullillah, walaupun kaki dah lemah untuk melangkah, niat bertanya pada staf bas sangat-sangat melegakan hati.. "Bus masih tersangkut jem".. Senyum kelegaan hingga ke pipi .. ^__^v

10.24 malam : Alhamdulillah syukur dipanjatkan apabila diri ini selamat sampai di bumi ilmu Tanjung Malim.. Perjalanan yang meletihkan namun terselit pelbagai hikmah yang tak terduga.. Terima kasih Ya ALLAH :D
Secebis kekuatan dari si dia, satu faktor untuk kaki ini digagahkan.. 

p/s: Terima kasih sangat2 atas semangat yang diberikan.. 

"Ku yakin adanya DIA, ku perlu adanya dia"

Akhir kata, hidup ini memang banyak ujian dari-Nya.. Sebagai hamba ALLAH, kuatkan semangat, yakin dengan adanya DIA dan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Jangan pernah putus harapan.. Ya!.. ALLAH tak kan uji hamba-Nya lebih dari kekuatan yang kita ada.. ALLAH akan uji selagi mana kita mampu untuk menghadapinya.. Ingatan untuk diri sendiri dan yang lain pada masa-masa akan datang.. Sebuah lagu untuk dihayati  You And I See

Sekian.. Wassalam..

You And I See


YOU AND I SEE by UNIC

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I'll never let you down
Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too
No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as you and I see

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly don't surrender
Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in him
So please be tough and please be strong
With all his love you can't go wrong

p/s: Sebelum play, sila pause sound track "Albi Nadak" terlebih dahulu.. TQ ^_^


Wednesday, 19 September 2012

Datang Seperti Ribut,Pergi Seperti Semut


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Datang seperti ribut, pergi seperti semut.. Acece... Tetibe nak bermadah peribahasa la pulak.. hihi.. Peribahasa macam ni sering kali dikaitkan dengan penyakit yang datang tetiba je, tapi tang nak baik, alahai, makan masa beberapa hari ye.. 

Baru je beberapa hari naik cuti, selesema, batuk dan sekaligus demam menghinggap diri.. (macam langau pulak nak main hinggap2).. Macam homesick la konon.. :P hihi.. Batuk yang sekalian teruk ye.. Bunyi kui3 jangan cakap la, sampai tak boleh nak menidurkan diri dengan nyenyak.. Kesian juga dengan roommate, mesti tak dapat tido.. Apapun, ubat batuk Cap Kaki Tiga jadi pilihan.. Adoi, lama dah x hirup ubat batuk.. Rela dalam keterpaksaan ku telan jua.. hoho.. 

Tak sampai situ je, tapi dalam masa yang sama diri ni tetiba ter"allergic" angkara Mr. Krabs!! Ya Allah.. Sabarkan diri ni.. Dugaan.. 


Fuhh~ Tengok tu punya tak bersalah Mr. Krabs menafikan ye.. hoho =___= .. 

Walau apapun.. Alhamdulillah.. Kini, diberi nikmat sihat semula selepas ketidaksihatan hampir seminggu.. Pada abah & mak yang masih tak sihat kat rumah, pada kakak yang baru lepas buat pembedahan, semoga cepat sembuh ye.. Hanya mampu doakan dari jauh..

p/s : Dah masuk minggu kedua dah semester ni.. Semangat2!!

Sekian, wassalam..

Tuesday, 18 September 2012

Kenapa Makan Menggunakan Jari Tangan?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum beliau makan, beliau akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu menghisap garam itu. Kemudian baharulah Rasulullah makan makanan tersebut.

Kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim. Namun, konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Hal ini kerana enzim yang ada di tangan kanan adalah enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Ia merupakan proses penghadaman yang pertama.

Garam adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan. Dua cecah garam dari jari adalah sama dengan satu liter air mineral. Oleh kerana manusia berasal daripada tanah, lumrahnya bahan yang asal daripada bumi (tanah) ini yang paling berkhasiat untuk manusia.

Selain sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan, di hospital-hospital, rawatan terawal adalah dengan Sodium Chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang daripada sihir dan makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia.

Dipetik dari buku : Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W | Zulkarnain Dollah

p/s : Tiada perintah ALLAH SWT dan anjuran Rasulullah yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.

Sekian..Wallahu a’lam..

Jadikan Aku Wanita yang Solehah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya ALLAH.. jadikan aku wanita yang solehah.. yang baik di antara yang terbaik.. dan kurniakanlah aku pendamping yang baik.. dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-Mu.. Aaminn~~